(1) Kebanyakan mereka, terutama sekali yang baru mencecah umur 21 tahun tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi.
(2) Boleh dikatakan, walaupun golongan ini menyokong mana-mana parti politik, tetapi mereka tidak berminat untuk mendaftar, terutama sekali golongan wanita. Mereka hanya melahirkan sokongan sekadar ucapan dibibir sahaja.
(3) Percayalah, mereka yang tidak berminat mendaftar sebagai pengundi kebanyakannya adalah daripada penyokong Barisan Nasional (BN)
(4) Hal yang sebaliknya berlaku kepada penyokong pembangkang, terutama sekali penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS), penyokong mereka begitu bersungguh-sungguh untuk pulang mengundi walaupun berada diperantauan.
(4) Tetapi hairan, kenapa kerajaan Malaysia masih lagi tidak mahu melaksanakan pendaftaran sebagai pengundi secara automatik apabila umur mencecah 21 tahun?
(5) Percayalah, majoriti mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi adalah daripada kaum Melayu.
(6) Kaum bukan Melayu, terutama sekali kaum Cina, awal-awal lagi mendaftar sebagai pengundi, kerana mereka sedar, walaupun dengan kemenangan satu undi, dapat mengubah nasib kaum mereka.
(7) Oleh itu saya menyeru kepada mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi, daftarlah untuk kepentingan bangsa dan agama kita.
No comments:
Post a Comment