- UMNO begitu senang sekali diserang oleh PAS dalam isu aurat .
- PAS dengan merujuk ayat-ayat tertentu daripada Al-Quran terhadap UMNO dalam isu aurat, sudah tentu sekali UMNO tidak akan menang dalam isu ini.
- Isu aurat yang saya maksudkan ialah, isteri-isteri para menteri kabinet atau wanita UMNO tidak memakai kain tudung atau tidak memakai kain tudung dengan sempurna.
- Bagi saya inilah kelemahan pucuk pangkal dalam UMNO, begitu jahil dalam melaksanakan perintah Islam.
- Begitu juga dengan isu para pemimpin UMNO yang bersalaman dan perpelukan dengan bukan muhrim, itu juga menjadi serangan oleh pihak PAS.
- Ini juga merupakan salah satu punca kenapa UMNO kehilangan sokongan orang Melayu.
- Oleh itu, untuk meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO, orang UMNO mestilah sensitif dalam isu aurat dan bersentuhan atara bukan muhrim.
- Kalau bukan kerana Allah S.W.T, buatlah kerana untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, insyaallah niat akan berubah kerana Allah S.W.T
Sunday, January 30, 2011
UMNO, aurat & kelemahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment